this will definetely take things out of my mind.. for now..
Kita dendangkan lagu merdeka,
Kita kibarkan jalur gemilang,
Kita lupakan duka sementara,
Kita jauh sudah rasa merdeka,
Kita tidak terasa lelahnya.
Kawan..
Masa bukan pengubah minda,
Masa bukan melupakan segala,
Lama dulu pedih sengsara,
Lelah pertiwi menanggung duka,
Merintih anak yang hilang nyawa,
Hanya kerana ingin merdeka.
Kawan..
51 tahun.. Cepatnya berlalu,
Cubalah pandang.. Cubalah lihat.. Cubalah dengar..
Sesekali terdetik jauh di sanubari,
Kenikmatan merdeka telah dirasai,
Kelenaan kita yang terbuai mimpi,
Rasa bangga dan megah tika ini.
Kawan..
Perjalanan masih panjang dan curam,
Ombak masa terus bergelora,
Kuatkan bahtera kita meredah lautan,
Jangan sesekali lupa jasa mereka,
Sesekali pandang ke belakang,
Cuba lihat dan rasai peritnya,
Mencari erti KEMERDEKAAN,
Jangan diabai dan sia-siakannya.
Wednesday, August 27, 2008
Kawan..
MERDEKA HARI INI hasil nukilan Encik Ahmad Nizam
it's getting better.. it is.. accepting it and just moving on.. everything has a right to heal.
even the most broken.
Posted by aiSha at 3:40 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment