lamak dah eh xda post papaaa.. =)
you know, when people say time takes the pain away. believe them:)
it's a way of life - a PART of life. and you won't be able to hide yourself from it.
no matter what. it will past. it just will.
bulan Ramadhan. ri Isnin was the first day. :)
Ramadhan, Ramadhan n Shawal. =)
Bulan Ramadhan ini, umat-umat Islam di seluruh dunia berpuasa. Sama-sama melaksanakan perintah Allah S.W.T. Kita berpuasa pada bulan yang mulia ini. Pertingkatkan ibadah-ibadah dan bertaubat lah kita semua. Rasa syukur jangan terlepas. Kita sebulan sahaja berpuasa, itu pun rungutan kelaparan dan kehausan tidak pernah jauh dari bibir. Bila rasa itu timbul, berhenti seketika, renungkan, kita ini berpuasa hanya pada siang hari, dan hanya untuk sebulan. Itupun, kita berbuka dengan pelbagai-bagai juadah. Pada pagi hari, kita bersahur dengan makanan-makanan yang mengenyangkan. Sabar.. Kita berpuasa hanya seketika, cubalah fikir, orang-orang miskin, fakir-fakir, mereka berpuasa hampir setiap hari. Kalau ada makanan pun, tiada bandingnya dengan juadah berbuka kita. Insafilah, dan bersyukur.. bersyukur atas nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah ini. Pada bulan Ramadhan ini, sifat sabar dan tahap keimanan kita diuji, melalui berpuasa, kita melatih diri untuk bersabar, untuk bersyukur dan merasai keperitan hidup mereka yang tidak bertuah seperti kita - bersabarlah~
Perkenangkanlah..
Wednesday, September 3, 2008
bulan Ramadhan~
Posted by aiSha at 5:18 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment